TENTANG KAMI

Cerita Kami

TENTANG BUKU

Tiada yang lebih bermakna buat ibu bapa selain melihat senyuman kegirangan anak-anak. Mereka membesar dengan daya imaginasi yang tinggi dan tanpa batasan. Di Beethebook, kami meraikan daya kreatif mereka dengan membawa satu pengalaman yang baru. Buku cerita Pengembaraan Si Kecil Mencari Cincin Yang Hilang ini adalah adaptasi daripada kisah-kisah dongeng dan hikayat Melayu yang semakin dilupai oleh generasi kini.

Membaca itu jambatan ilmu. Kami memberi nafas baru kepada kisah-kisah ini bagi merangsang pengetahuan anak-anak, di samping meningkatkan daya imaginasi serta membantu mereka menjadi insan yang lebih kreatif

LAMAN SESAWANG

Laman sesawang beethebook.com dibina khas menggunakan teknologi Artificial Intelligent (AI) bagi memudahkan pembeli menjana buku secara automatik. Laman sesawang ini bukan sahaja memudahkan pembeli membuat tempahan secara atas talian bahkan membantu pembeli memilih cerita yang sesuai dengan karakter nama penerimanya. Laman sesawang dengan fungsi seperti ini adalah yang pertama di Malaysia

NILAI MURNI

Buku pengembaraan ini penuh dengan kisah – kisah yang memberi tauladan, cabaran, rintangan dan keajaiban. Perjalanan cerita ini digarap Bersama pakar-pakar pendidikan kanak-kanak dengan elemen yang dapat mengembangkan sifat empati, keyakinan dan sifat ingin tahu kanak-kanak. Lebih menarik lagi, buku ini menggunakan identity sebenar pembaca sebagai watak utama supaya nilai-nilai murni yang ingin disampaikan lebih mudah meresap ke jiwa pembacanya.

Lokasi Kami

PEJABAT UTAMA

KHALIFAH MEDIA NETWORKS (M) SDN BHD
NO 11(ATAS), PUSAT PERNIAGAAN TAMAN VISTANA INDAH JALAN LANGGAR 06500 ALOR SETAR KEDAH

PEJABAT CAWANGAN

LEVEL 7, OASIS WING, BRUNSFIELD OASIS TOWER 3, NO 2 JALAN PJM 1A/7A, OASIS SQUARE, OASIS DAMANSARA47301 PETALING JAYA, SELANGOR.

Hubungi Kami

KHALIFAH MEDIA NETWORKS (M) SDN BHD

+6010-4529404